Jadikan perkuburan kawasan berkumpul pada Syawal haram

Tuesday, September 22, 2009

SATU kelaziman pada Aidilfitri, umat Islam akan berpusu-pusu memenuhi tanah perkuburan untuk ziarah kubur ahli keluarga mereka. Sesetengah tanah perkuburan berubah menjadi seperti kawasan perayaan yang meriah sehingga ada pihak mengambil kesempatan menjual makanan dan minuman.

Ada keluarga yang menjadikan amalan ziarah tanah perkuburan pada hari perayaan sebagai ‘wajib’ kepada setiap ahli keluarga. Selain membaca surah Yasin dan doa untuk disedekahkan pahalanya kepada arwah, kawasan tapak kubur turut dibersihkan.

Apa dilakukan lebih bersifat ritual iaitu amalan turun-temurun yang dikaitkan dengan agama. Hakikatnya, amalan itu tidak diamalkan Rasulullah SAW dan sahabat. Sikap terlalu menekankan ziarah kubur ditakuti terpengaruh dengan amalan penganut agama lain yang mengaitkan ‘wajib’ melakukan sembah roh ibu bapa dan nenek moyang untuk memohon restu dan mendapat kehidupan yang baik.Memang ada suruhan Rasulullah agar orang Islam melawat kawasan perkuburan untuk melahirkan rasa keinsafan dan mengingati kematian. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Maka berziarah kuburlah kamu, kerana hal itu mengingatkan kita kepada kematian.” (Hadis riwayat Muslim)

Namun, tidak pula dijelaskan amalan ziarah kubur itu perlu dilakukan pada hari sambutan Aidilfitri. Tidak wujud satu hadis pun yang sabit mengenainya.

Menziarahi kubur pada hari raya akan melahirkan perasaan sedih dan hiba mengenangkan orang tersayang yang meninggalkan kita. Sepatutnya hari raya adalah untuk bergembira dan membina semangat untuk terus menjadi Muslim sejati selepas berjaya melaksanakan ibadat puasa.

Selain itu, pada hari raya juga sepatutnya diutamakan mengunjungi mereka yang masih hidup. Amalan itu amat dituntut dalam agama di mana Rasulullah ketika pergi dan balik menunaikan solat sunat Aidilfitri akan menggunakan laluan berbeza bagi memberi peluang bertemu dengan seramai mungkin umat Islam.

Kawasan perkuburan bukan tempat membaca al-Quran atau beribadat. Bagi kaum keluarga, khususnya anak arwah yang ingin sedekah pahala dan berdoa, ia boleh dilakukan di mana-mana saja dan bila-bila masa saja. Anak salih sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapanya yang masih hidup atau meninggal dunia.

Tambahan pula apa yang disunatkan untuk kita lakukan ketika menziarah kubur hanyalah mendoakan kesejahteraan 'penghuni' kawasan perkuburan itu. Sabda Rasulullah bermaksud: “Salam sejahtera hai penghuni kubur Mukminin dan Muslimin dan insya-Allah kami akan menyusulmu. Aku mohon keselamatan kepada Allah bagi kami dan kalian.” (Hadis riwayat Muslim).

Kubur dan rumah mempunyai perbezaan yang ketara antara keduanya biarpun kedua-duanya ada penghuni. Sebab itu Rasulullah menegaskan agar rumah tidak dijadikan seperti kubur.

Rasulullah bersabda bermaksud: “Janganlah kamu jadikan rumah kamu itu sebagai kuburan. Sesungguhnya syaitan itu lari dari rumah yang dibacakan di dalamnya surah al-Baqarah.” (Hadis riwayat Muslim)

Jelas kali, Rasulullah menggalakkan kita melakukan ibadat seperti membaca al-Quran dan solat di rumah. Ia lebih selesa dan boleh dilakukan pada bila-bila masa. Ironinya, kawasan kubur pula tidak bolehlah disamakan dengan rumah sebagai tempat beribadat.

Rasulullah bersabda: “Janganlah kamu jadikan rumah kamu itu sebagai kuburan dan janganlah kamu jadikan kuburku tempat perayaan.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Maka haram hukumnya mengkhususkan Aidilfitri sebagai hari berkumpulnya manusia di kawasan perkuburan kerana ia menggambarkan seolah-olah kuburan dijadikan kawasan perayaan. Raikan Syawal dengan amalan kunjung mengunjung sesama manusia yang masih hidup. Jika ingin melawat kubur, lebih baik ia dilakukan pada waktu lain yang lebih sesuai dan tidak menjadikan ia sebagai ritual seperti meniru ajaran agama mereka.

jom bola!!

Monday, September 14, 2009

Friday, August 28, 2009

More RAMADHAN graphics

OH RAMADHAN!!!

Saturday, August 22, 2009

aq mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna dlm hidup ini...byk yg perlu aq perbaiki dan perbaharui...aq rse bersyukur krn dpt sekali lg bertemu dgn ramadhan bulan yg penuh berkat ini...saban hari aq memikirkn,dpt kah aq menemui ramadhan yg tlh pun menjelma kini...terima kasih wahai tuhan ku...tuhan yg selalu mengingati hambanya walaupun kita sebagai hambanya sering kali alpa tntg kewujudnnya...ya Allah, ampuni hambamu ini...tidak lengkap rse nyer ramadhan tnpa solat tawarikh,eh silap tarawikh...first terawikh aq tunaikn kat umah(rembau laa)...sempat la aq bersahur n berbuka bersama family yg tersayg...ptg nie aq dah nk blk shah alm dah...berat rsenyer aq nk tglkn umah...x tau la mcm mne hari2 puasa seterusnyer aq brpuasa di shah alm nnt...moga2 diri ini dpt mengawal nafsu yg selama ini membelenggu diri tiada henti2...tuhan bimbinglah daku yg lemah utk mengharungi segala dugaan n rintangan sepnjg ramadhan yg penuh rahmat nie...aq merayu pd tuhan supaya diterima amalan...amin!!

Friday, August 21, 2009

More RAMADHAN graphics

sendiri

Wednesday, July 22, 2009

Di kesepian malam aku sendiri
Fikiran menerawang menjelajah angkasa
Ingin rasanya kubuka semua tabir gelap
Sehingga bisa kunikmati indahnya rembulan
Beserta gemerlapnya selaksa bintang

Semilir angin berhembus perlahan-lahan
Seolah tak ingin mengusikku dari lamunan
Pucuk-pucuk daun menari penuh kemesraan

Seakan tiada bosan untuk selalu menghibur
Semua gundah dan keresahan hatiku

Ketika malam semakin larut
Aku sadari akan kesenmdirianku
Semuanya memang penuh ketidakpastian
Kecuali…. Bisa kunikmati sisa hidup ini

Dengan cinta dan kasih sayang
Dimana semuanya serba tulus
Dimana semuanya serba ikhlas
Dimana semuanya penuh kerelaan
Tanpa pamrih dan pengharapan

bengang...argh,,,,

Monday, July 20, 2009

pg nie aq punyer la semangat nak g kelas...ari nie gak aq mndi awal ckit dr hari yg len...pas mndi aq terus kejut roomate aq n suh diemndi lak...semntara tgu roomate aq mndi aq wat la air cmpur ngn oat untuk srpn pg aq...pas kitorg dh brsiap, kitorg pun gerakla nek moto nouvo itam aq 2...
kitorg kuar dlm kol 8.10pg...aq pun rider ngn teng coz kelasbese start kol 8.30pg(1 uitm sme)...
setiba nye aq kat gim, aq nmpk moto
one ngn pokcik dah ad kat ctu...
bese nyer diorg agk lmbt gak terutama pokcik...
ahh aq x peduli pun n terus gerk g kelas...ble aq masuk je dlm kelas smbil bg salam,aq tgk lecturer aq dh start mngajar...aq pun heran n aq terus tgk jam kat tgn,bru 8.20...tibe2 lecturer aq tny 'WHY YOU LATE?'...aq terkejut dan aq terus ckp ad mse lbh kurg 10 minit lg seblm kelas start...pas die ckp kelas start kol 8.00pg...aq mule confuse...dah 3 sem aq blaja kat uitm shah alm nie,lom penah lg kelas aq start kol 8.00pg huhu...nk kte ad msg smpai bgtau kelas start awl xde lak...aq try cek nset aq kot2 ad msg kew yg aq trlepas pndg...tp mmg xd pun...pergh!!..hari yg ceria dh transform mnjdhari yg suram bak kte org dulu2,'ku sgka kn pans smpai ke ptg,rupenyer hujn ditghari'...aq pun mls nk ckp ape2 lg,aq terus gerk r kuar dr kelas 2...nk wat cne kn dh kne halau...xkn nk tgu kat ctu cam org bodoh lak...bdk2 dlm kelas pun senyp je...bukn nk backup aq kew ape kew, bersuara la ckit...nie x,sume dah mcm org bisu dah aq tgk...huh...nk wat cne kn bnd dh brlaku...pas 2 aq start moto n terus blk...mungkin ini adlh blsn tuhn trhdp dosa2 yg tlh aq lakukan...semoga trhapus la sedikit dosa2 aq nie..erm...begini la nasib,diri ku yg malang oh tuhan!!!!!

malam

argh...
aq letih gler,bru pas men badminton...
sok ad kelas lak...
gler ketang r...

andai ku tahu...

Andai kutahu kapan tiba ajalku,ku akan memohon pada Tuhan agar memanjangkan umurku... Andai kutahu kapan tiba masaku,ku akan memohon pada Tuhan jangan ambil nyawaku... Aku takut akan semua dosa dosaku dan aku takut pada dosa yang terus membayangiku... Andai kutahu MalaikatMu kan menjemputku,izinkan aku mengucap kata taubat padaMu... Aku takut akan semua dosa dosaku dan aku takut dosa yang terus membayangiku... Ampuni aku dari segala dosa dosaku dan terimalah taubat ku... Aku hanya seorang manusia yang takut akan neraka,namun aku juga tak layak untuk syurgaMu... Andai kutahu bila tiba ajalku,izinkan aku mengucap taubat padaMu... Aku takut akan semua dosa dosaku dan aku takut pada dosa yang terus membayangiku... Ampuni aku dari segala dosa dosaku dan terimalah taubat ku... Andaiku tahu.......